Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum...
Terima kasih buat pertamanya kali saya ucapkan kepada pelawat-pelawat yang sudi melawat blog saya ini. Blog ini adalah satu wasilah atau wacana buat saya untuk berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman saya dan melahirkan semangat kepada pembaca terutamanya tentang Bahasa Arab yang menjadi tunjang utama dalam blog saya ini. Adalah sepatutnya insan yang bergelar Muslim itu perlulah mengetahui Bahasa Arab agar dapat memahami al-Quran yg dibacanya itu. Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan bahasa Syurga.
Jadi dengan harapan walaupun sedikit, blog ini akan menjadi tatapan dan medan kepada saya untuk terus memperjuangkan Bahasa Arab di bumi Malaysia. Segala komen dan buah fikiran anda amat dialu-alukan.
Selain itu saya juga akan menghidangkan dengan bermacam2 info sebagai sumber bacaan. So jgn malu jgn segan untuk melawat blog saya ini. Terima kasih.

Sunday, December 28, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430

Hari ni cukup lah 1430 kita umat Islam menyambut Maal Hijrah sejak dari hijrah nabi Muhammad SAW dari mekkah ke Madinah. Sempena Maal Hijrah atau Awal muharram ini, ramai umat Islam berpusu2 pergi ke masjid untuk berkumpul dan sama2 membacakan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Ada juga yg hanya lakukannya di rumah bersama2 keluarga. Sebagai Umat Islam seharusnya kita mengingati haru ini kerana hari ini lah telah berlaku satu hijrah terbesar dalam sejarah umat Islam. dengan penghijrahan nabi ke Madinah, kesannya telah dirasai hingga ke hari ini. Banyak hikmah yg kita dapat lihat hasil kesan dari hijrah NAbi ini. seperti kesatuan ummah Islam seperti ansar dan muhajirin.
Sehubungan dengan itu, melalui hijrah yg dianjurkan nabi ini, di situ kita dapt melihat bagaimanakah langakh2 atau kaedah yg telah diunjurkan nabi dalam menjayakan satu2 program. Sesungguhnya hijrah ini tidak akan berlaku melainkan dengan gabungan 5 org ini.
1. Orang tua ( Abu Bakar Assiddiq)
2. Orang Kaya (Abdul Rahman Ibn Auf)
3. Orang Agama ( Nabi SAW)
4. Orang Muda ( Ali bin Abi Talib)
5. Orang Perampuan ( Asmak binti Abu Bakar)

Maka degana kesatuan semua lapisan masyarakat, hijrah Nabi telah berlaku dengan sempurna dan berjaya. Begitulah gambaran yg dapat kita ambil dr sejarah Hijrah Nabi Muhammad SAW.

Jadi sebagai umat Islam saya menyeru agar sama2 lah kita berazam untuk membuat satu hijrah dalam diri kita pada tahu ini. Sama berazam agar lakukan solat pada waktunya. tinggalkan perkara yg dapat mendatangkan maksiat dan dosa. Menguatkan amal kebajikan dan memohon agar Alaah SWT mempermudahkan dan memperolah kerja tetap dengan cepat. Kalu ada jodoh dapat kawin cepat. huhu.
JAdi sekali lagi saya ucapkan Selamt Menyambut Maal Hijriah 1430, bersama kita melakukan perubahan. Insya Allah Takbir!!!

No comments: