Lelaki acuan al-quran
ialah seorang lelaki yang
beriman Yang hatinya disaluti rasa takwa kepada
Allah s.w.t Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang
sentiasa dahaga dengan pahala Yang solatnya
adalah maruah dirinya Yang tidak pernah takut
berkata benar Yang tidak gentar melawan nafsu
Lelaki acuan al-quran
tutur katanya: Yang tidak bermegah dengan ilmu
yang dimiliki Yang tidak bermegah dengan harta
dunia yang dicari Yang sentiasa berbuat kebaikan
kerana sifatnya penyayang. Yang mempunyai
ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat
jembalang
Lelaki acuan al-quran
menghormati ibunya: Yang sentiasa berbakti
kepada org tuanya dan keluarga Yang bakal
menjaga keharmonian rumah tangga. Yang akan
mendidik anak mendalami agama islam. Yang
mengamalkan hidup dengan kesederhanaan
kerana dunia baginya rumah sementara menunggu
akhirat.
Lelaki acuan al-quran
sentiasa bersedia
untuk agamanya: Yang hidup di bawah naungan al-
Quran dan mencontohi sifat saiyidina ali k.w.j
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara. Yang
sujudnya dengan penuh kesyukuran dengan
rahmat Allah s.w.t
Lelaki acuan al-quran
tidak pernah membazirkan masa: Yang matanya
kepenatan kerana kuat membaca. Yang suaranya
lesu kerana penat mengalun ayat al-Quran dan
berzikir. Yang tidurnya lena dengan cahaya
keimanan Yang bangun subuh dengan kesyukuran
dan rahmat Allah s.w.t Kerana sehari lagi usianya
bertambah penuh kemalangan.
Lelaki acuan al-quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment