1. Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.
2. Sentiasa mentaati perintah suami selagi perintah itu bukan maksiat.
3. Tidak mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suami.
4. Reda dengan setiap pemberian suami walaupun barang itu tidak mahal.
5. Tidak menolak ajakan suami bila ia ingin bermesra dengannya.
6. Tidak meninggalkan rumah melainkan dengan izin suami.
7. Tidak berlaku curang bila ketiadaan suami.
8. Amanah pada anak-anak dan juga harta suami bila ditinggalkan.
9. Sentiasa bersyukur sama ada menerima nikmat atau pun dugaan dari Allah.
10. Tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
11. Menghormati keluarga suami dan juga kaum kerabatnya.
12. Sentiasa berhias diri bila di hadapan suami sebaliknya tidak berhias bila ketiadaan suami.
13. Memakai bau-bauan untuk suami semasa di rumah.
14. Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.
15. Menutup penglihatannya ketika di hadapan suami begitu juga ketika ketiadaannya.
16. Menghantarkan suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya bila ia pulang dengan senyuman.
17. Mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
18. Sentiasa menjaga nama dan maruah suami.
19. Sentiasa menjaga kesihatan, kebersihan dan kesempurnaan diri serta rumahtangganya.
20. Melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu serta segala perintah Allah dan suami dengan tabah dan sabar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment