Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum...
Terima kasih buat pertamanya kali saya ucapkan kepada pelawat-pelawat yang sudi melawat blog saya ini. Blog ini adalah satu wasilah atau wacana buat saya untuk berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman saya dan melahirkan semangat kepada pembaca terutamanya tentang Bahasa Arab yang menjadi tunjang utama dalam blog saya ini. Adalah sepatutnya insan yang bergelar Muslim itu perlulah mengetahui Bahasa Arab agar dapat memahami al-Quran yg dibacanya itu. Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan bahasa Syurga.
Jadi dengan harapan walaupun sedikit, blog ini akan menjadi tatapan dan medan kepada saya untuk terus memperjuangkan Bahasa Arab di bumi Malaysia. Segala komen dan buah fikiran anda amat dialu-alukan.
Selain itu saya juga akan menghidangkan dengan bermacam2 info sebagai sumber bacaan. So jgn malu jgn segan untuk melawat blog saya ini. Terima kasih.

Monday, December 1, 2008

Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan: "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara
kebaikan.

Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan

Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya...(perkara yang elok-elok belaka)

Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian
psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!

Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

Kekalkan wuduk

Bersedekah

Belanja orang makan.

Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

Berkawan dengan ulama

Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

Pesan pada orang, jadi baik

Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Wallahu alam...

No comments: