SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA
MAZMUMMAH DI DALAM HATI
> Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di
> hati ialah :
>
> *1. Pemarah
> *Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
> di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang
> mendapat kawan dan hati
> tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik
> nak marah ajer..
> bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat
> punyer..)
>
> *2. Pendendam
> *Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam
> dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari
> peluang untuk membalas dendam
> hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
> sakitkan hati atau
> tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang
> pendendam mudah kena
> sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)
>
> *3. Hasad dengki
> *Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana
> ia
> memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki
> nih..)
>
> *4. Bakhil
> *Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
> kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya
> sentiasa berdalih
> mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh
> Allah elok dikongsi
> bersama..-derma)
>
> ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
> pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.
> Kerana walaupun fasiq,
> pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain
> kerana kadangkala
> rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
>
> *5. Tamak
> *Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
> tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini
> ibarat meminum air
> laut? walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis
> jugak! lagipun org tamak
> selalu rugi..
>
> ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita
> bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi
> tidak diguna iaitu
> disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.
> (mungkin ada hak orang lain
> di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
> keberkatan iaitu dapat
> dimanfaatkan.
>
> *6. Tidak sabar
> *Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh
> bersabar
> apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu
> banyak2kanlah bersabar
> bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap
> maintain vogue
> walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
>
> *7. Ego
> *Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang
> paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini
> pantang tercabar dari
> sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal
> semua org ader
> egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan
> tersebut.
>
> *8. Riak
> *Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari
> peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di
> depan orang. Jika ia
> dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,
> ia akan mengurangkan
> amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn
> aper yg kita ada.
>
> *9. Cinta dunia
> *Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana
> bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah
> tidak mengapa tetapi
> kawal hati jangan
> diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa
> amalan dan doa anak yg
> soleh/solehah
>
> **Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia
> itu "panas" akibat
> ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
> letakkanlah akhirat itu di
> hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
> dibahagi-bahagi dan
> akhirat dibawa mati.
>
> *Kesimpulan
> *Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah
> secara TOTALnya
> disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.
> tetapi ialah MAZMUMMAH.
>
> ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak
> BAHAGIA.****
> Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah
> itu,kedua-duanya tetap
> menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan
> dibantu Allah dan akan
> bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa
> ingat mengingati
> antara satu sama lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment