Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum...
Terima kasih buat pertamanya kali saya ucapkan kepada pelawat-pelawat yang sudi melawat blog saya ini. Blog ini adalah satu wasilah atau wacana buat saya untuk berkongsi ilmu pengetahuan, pengalaman saya dan melahirkan semangat kepada pembaca terutamanya tentang Bahasa Arab yang menjadi tunjang utama dalam blog saya ini. Adalah sepatutnya insan yang bergelar Muslim itu perlulah mengetahui Bahasa Arab agar dapat memahami al-Quran yg dibacanya itu. Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran dan bahasa Syurga.
Jadi dengan harapan walaupun sedikit, blog ini akan menjadi tatapan dan medan kepada saya untuk terus memperjuangkan Bahasa Arab di bumi Malaysia. Segala komen dan buah fikiran anda amat dialu-alukan.
Selain itu saya juga akan menghidangkan dengan bermacam2 info sebagai sumber bacaan. So jgn malu jgn segan untuk melawat blog saya ini. Terima kasih.

Saturday, November 22, 2008

Retorik (Balaghah): Keindahan Bahasa Arab

Bahasa Arab bahasa yg penuh dengan keindahan dan bahasa yg sangat unik di antara bahasa-bahasa lain di dunia. Bahasa Arab sepatutnya menjadi bahasa Antarabangsa tetapi orang Barat telah menjadikan bahasa mereka sebagai bahasa Antarabangsa. Tetapi sebagai org Muslim kita sepatutnya mengagungkan bahasa ini dan mempelajarinya sedalam-dalamnya agar kita dapat memahami Islam itu sendiri dengan pemahaman yang utuh. Tetapi ramai yg menganggap bahasa Arab sangat susah untuk dipelajari.

Bahasa Arab bukan sekadar bahasa yg mempunyai elemen dr segi tatabahasa, susunan ayat, dan kalimat-kalimat, bahkan bahasa Arab mempunyai satu elemen yg sangat hebat iaitu retorik atau dipangail balaghah. Elemen tambahan menjadikan bahasa Arab bahasa yg hebat. Bagi saya ilmu balaghah yang terdiri daripada ilmu badi' , bayan dan ma'ani, memerlukan daya pemikiran yang mendalam sebelum menafsirkan makna sebenar. Menbantu kita untuk berfikir sejenak untuk memahami sesuatu ibarah. Dengan adanya elemen ini, berbagai pentasiran dapat dibuat dan menjadikan kita seorg yg mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Kerana kita sudah memahami maksud ayat-ayat tersebut bukan maksud yang langsung tetapi mempunyai maksud yg lain. Jadi daya memikir sebegini memjadikan kita seorg yg hebat pemikirannya.

Kesan-kesan yang dapat kita perolehi daripada mempelajari ilmu ini, kita dapat merasakan kelainan pada diri. Kerana secara normalnya kita akan menafsir secara direct, tetapi bantuan ilmu balaghah kita menafsir atau mentakwil makna ayat dengan makna yg lain. Perumpamaan-perumpamaan selalu diselitkan di dalam karangan-karangan agar kita pembaca berfikir dan memahami maksud sebenar.

Lihat betapa indahnya bahasa Arab yang penuh dengan keunikannya, akan tetapi untuk menguasi ilmu ini perlulah kita mempelajari dan memahami dengan betul agar penafsiran yg dibuat tidak menyeleweng sama sekali.

Jadi pelajarilah bahasa Arab agar kita menjadi Muslim yang memahami al-Quran dan Sunnah, iaitu dua mihwar (paksi) utama agama Islam.

No comments: