Bahasa Arab bahasa yang sangat hebat. Kebangkitan Islam adalah berpaksikan kepada kehebatan dan keagungan bahasa syurga ini. Kalau kita hayati kembali kisah-kisah sejarah Rasulullah SAW, penyebaran Islam ke seluruh pelusuk dunia adalah dengan perantaraan bahasa Arab. Hampir keseluruhan ilmu di dunia ini ditulis sumbernya dalam bahasa Arab. Tetapi banyak sumber-sumber tersebut telah dirampas dan dimusnahkan oleh org-org barat. Jadi janganlah menganggap untuk mempelajari dan menguasai bahasa ini sesuatu yang susah, bahkan adalah sangat beruntung. Dengan kelebihan berbahasa Arab kita dapat kembangkan diri kita dan juga memperbanyakan kenalan.
Penguasaan bahasa Arab perlu kepada istiqamah dan kesungguhan. Melalui pembacaan kita dapat menjaga dan secara tidak langsung dapat menambah mufrodat atau penbendaharaan kata. Pembacaan yg diiringkan dengan penekanan dari segi tatabahasa (nahu dan sarof), uslub, penggunaan kalimat-kalimat tertentu dan sebagainya. Ia dapat membantu meningkatkan kualiti penguasaan bahasa ini.
Jadi teruskanlah usaha kita dalam menguasai bahasa Arab.
Dengan ada blog saya ini, saya akan cuba menyediakan bahan-bahan yg dapat membantu kita menguasai bahasa Arab. Insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment